Saturday 15 September 2012

Salam....

Assalamualaikum semua. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya yang tak seberapa ni. Maklumlah, ini kali pertama seumur hidup saya menulis blog. Harap segala kekurangan/kelemahan yang ada pada blog saya harap dimaafkan dan diberi tunjuk ajar.

Pertama kali saya kenal erti memancing ialah semasa saya masih berumur lebih kurang 6-7 tahun. Ikan pertama yang saya pancing semestinya ikan puyu dan keli dengan menggunakan batang buluh. Beberapa tahun kemudian barulah saya diperkenalkan dengan alatan pancing yang lebih moden.

Joran dan reel pertama saya ialah dari jenama D.A.M (combo), hadiah dari pakcik saya. Setelah kami sekeluarga berpindah dari kampung ke bandar Mukah, set joran saya telah hilang entah ke mana. Kecewa rasanya kerana joran tersebut banyak kenangannya. Walaubagaimanapun saya tidak pernah putus asa. Wang saku persekolahan pemberian emak saya bahagi separuh semata-mata nak beli set joran baru. Beberapa bulan kemudian akhirnya dapat jugak saya beli satu set joran aksi sederhana yang saya masih guna sehingga kini.

Memancing adalah satu-satunya bidang yang saya paling minat. Sanggup ikat perut semata-mata untuk mendapatkan alat pancing yang diingini tak kira berapa ringgit sekalipun harga alat pancing tersebut. Memancing juga memberikan satu kepuasan yang tak terhingga. Ramai yang tidak suka aktiviti memancing ni menganggap ianya hanya memenatkan dan membuang masa. Bagi saya ianya salah. Memancing lebih baik dari Melepak dan Mengumpat..hahahaha.....

No comments: