Monday 16 September 2013

KOMPLOT SEMPENA HARI MALAYSIA

Komplot bersama team Matu Daro Fishing ni telah diadakan pada 15 September 2013 di Kampung Belawai, Mukah. Pada mulanya komplot ini disertai seramai 8 orang tetapi seorang peserta telah menarik diri atas sebab peribadi. Kami dipecahkan kepada 2 kumpulan (2 bot). Kira-kira pukul 8.30 pagi kami bertolak dari rumah tekong Heak menuju ke lokasi pancingan (Tanjung @ Jerijeh Lama) yang mana mengambil masa kira-kira 20 minit. Komplot kami terpaksa ditamatkan awal disebabkan keadaan cuaca dan air yang surut agak cepat. Kalau lambat keluar dari sungai tu, alamatnya bermalam dalam bot la sebab muara sungai tu cetek.Kesimpulan trip kali ni, saya cukup puas hati walaupun kumpow..hahaha...semestinya saya akan datang balik ke sini di lain masa...
Geng satu bot...yang pakai topi Tuan Iqbal, Tuan Mann Levis (Baju Merah) dan Tuan Kolam Siakap (Baju Putih)
Bergegar lutut katanya...hahaha...
Saya menerima satu ragutan yang agak kuat sampaikan saya langsung tak boleh buat apa-apa...
Akhirnya ikan tersebut berjaya melepaskan diri setelah ia berjaya menyelinap ke dalam reba dasar sungai...sayangnya....
Acara casting dihentikan setelah air beransur surut dan keadaan cuaca yang seakan nak hujan
Hasil keseluruhan casting selama 6 jam..
Ahli Komplot keseluruhan...dari kiri Gob-rel Crowz, Mann Levi's, saya sendiri, Encik Ismith,Tomato Bey, Kolam Siakap dan Iqbal Salma. Terima kasih semua...semoga dapat join komplot sekali lagi di lain waktu....
 

Friday 6 September 2013

MENCARI SNAKEHEAD - EPISOD LIMA

Trip hujung minggu selepas komplot hari raya lepas...kira ni kes repeat la..hahaha...Tapi yang tak bestnya, casting baru sejam, bos pulak call mintak tolong ambik kat airport...potong betol la...

Wednesday 14 August 2013

MENCARI SNAKEHEAD - EPISOD EMPAT

Komplot sempena Hari Raya ini disertai oleh member dari Mukah Anglers, Matu -Daro Anglers, My-AGFC dan editor dari majalah UMPAN, Tuan Mohd Hazrizal. Lokasi kali ini ialah d sekitar Matu dan Daro. Ternyata lokasi ini menjadi syurga bagi spesis snakehead terutamanya spesis bujuk dan haruan palas apabila hampir semua hasil yang kami perolehi adalah dari spesis berkenaan. Hasil keseluruhan komplot kali ini sangat menggalakkan apabila hampir setiap seorang ahli komplot mendapat lebih dari 10 ekor bujuk dan haruan palas...

Wednesday 31 July 2013

MENCARI SNAKEHEAD - EPISOD 3

Assalamualaikum...Ni hasil komplot bersama sifu Bad dan anak buah saya (kumpow) pada minggu lepas....lokasi di Balingian, Mukah (kolam larangan...hahaha...)...

 

 



Rekod peribadi...jarang dah jumpa bulan saiz macam ni kat tempat saya
Tangkapan terakhir sebelum pulang...


Sunday 21 July 2013

Hasil Sepanjang Tahun ni...

Lama dah tak update kat blog ni...bukannya apa, asyik kumpau memanjang...sampai mood nak mancing pun ilang...So, ni la hasil yang saya dapat sepanjang tahun ni...Enjoy...
 
 
 
 
 
 
 
Trip ke laut Penipah bersama rakan sekerja (Bot 1)
Rakan sekerja yang lain (Bot 2)
 
 Hasil dari Bot 1

Hasil dari Bot 2
 
Saya rasa ni rekod peribadi haruan terbesar pernah saya dapat...