Sunday, 28 October 2012

Repeat - Matu - Daro

Minggu ini saya dan Bad ke Matu/Daro. Perjalan kami sepatutnya bermula pada jam 8 pagi terpaksa ditunda ke jam 9 atas sebab tertentu. Destinasi pertama kami ialah di Kampung Nangar, Daro. Di sini kami hanya mencari port-port baru yang berpotensi untuk di terjah di lain masa. Selepas makan tengah hari, kira-kira jam 12.15 kami terus bergerak ke lokasi casting kami. Sepanjang perjalanan ke lokasi, banyak sekali pukat direntang di dalam parit, memang mengecewakan...

Tangkapan pertama...


Bujuk....selamat di CNR

Curut...
 

Curut lagi...


 Semua tangkapan telah dilepaskan semula ke tempat asal...

Saturday, 13 October 2012

Keputusan field test....



Dua ekor Prawnstar, satu Siam Spoon dan satu Eupro Micro Jig (Biru) telah terkorban dalam misi kali ini. Tapi itu tidak langsung mematahkan semangat saya untuk mencuba sekali lagi walaupun kerugiannya agak besar bagi saya....

Prawnstar  memang efektif...Kedua-duanya telah berjaya dilarikan ikan setelah beberapa kali dilontarkan. Walaupun telah diikat menggunakan tali perambut 30lbs, namun berjaya juga diputuskan. Siam Spoon dan Eupro Micro Jig pulak tersangkut kat celah-celah batu...

Lokasi field test hari ini, semestinya Mukah Power Generation (air masa ni, baru nak pasang...)





Kesimpulannya....Prawnstar memang TERBAAEEEKKK !!!

Wednesday, 10 October 2012

Field Test...

Minggu ini saya nak test gewang yang baru saya beli...



1. Prawnstar (Shrimp) - RM 38.00
2. Prawnstar (Natural) - RM 38.00
3. Siam Spoon (24gram) - RM 28.00
4. Siam Spoon (17gram) - RM 24.00
5. Unknown Spoon (22gram - Made In China) - RM 15.00
6. Eupro Micro Jig (8gram - Biru) - RM 8.00
7. Eupro Micro Jig (8gram - Pink) - RM 8.00
8. Unknown Jig (28gram - klon Rapala Jigging Rap) RM 9.50

Harap ianya tak menghampakan... :)

Monday, 8 October 2012

Ragut Tapi Rabut

Ahad lepas saya dan Jerome ke Kampung Matu, nak tunjuk / kongsi kat dia port haruan yang ada di sana. Port ni adalah port yang sama ketika saya dan Bad pergi bulan September yang lepas. Sambaran ikan agak kurang dari trip sebelumnya, mungkin disebabkan air naik tinggi   (malam sebelum tu hujan lebat) dan ikan pun lari ke tempat lain. Port taruk-makan pun sunyi je..Tapi itu tak menjadi masalah sebab tujuan utama ke sini ialah untuk kongsi port dengan Jerome dan testing Popper Frog Bakau (banyak kali rabut, mungkin mata kail terlalu besar atau ikan yang menyambar saiz curut je) dan buzzbait buatan saya sendiri....hehehe....

Haruan pertama selepas lebih sejam casting dan tukar-tukar port
Solid hookup !!
One and only...banyak kali rabut, seekor je yang dapat.. jadi la....

Kesimpulan trip kali ni, boleh dikatakan baik sebab banyak kali umpan diragut, tapi rabut.... konferm lepas ni repeat balik...

Saturday, 29 September 2012

Mukah Power Generation (MPG)


Cooling Water Pond ...tempat selalu saya casting. Dalam kolam ni banyak spesis ikan laut yang boleh kita dapat seperti siakap merah (MJ), siakap, kerapu dsbnya. Membottom pulak , kalau nasib baik boleh dapat pari...




Setelah sejam lebih casting, akhirnya naik jugak seekor anak alu-alu menggunakan gewang jenis spoon... alhamdulillah... rezeki hari ini...



Sunday, 23 September 2012

Komplot - Kampung Sau, Mukah

Komplot hari ini disertai oleh kawan saya. Jerome...boring duduk di rumah katanya... Hasil kali ini agak kurang memuaskan, hanya tiga ekor berjaya di naikkan... Jerome dua ekor dan saya seekor... itu pun curut ja...





Haruan pertama ...
Solid Hookup...
Curut ja...