Penutup tirai Casting 2012.....casting lebih 3 jam, seekor je dapat...ke aku yang masih belum pandai casting??....hahahaha |
Saturday, 29 December 2012
Trip Penutup 2012
Sunday, 9 December 2012
1st Rapala & Storm Lure Casting Clinic di Sibu, Sarawak
Hari ini saya menghadiri klinik casting anjuran Rapala & Storm Lure yang diadakan di Taman Tasik, Permai Jaya, Sibu. Banyak pengetahuan yang telah saya dapat mengenai ilmu casting (dari segi pemilihan joran, reel, lure, tali, ikatan, teknik balingan...) melalui tunjuk ajar dari seorang caster tersohor dari Singapura, Mr. Fred Goh (Rapala VMC [Asia Pasific]). Bagi caster baru seperti saya, pengalaman ini amat bermakna.
Pendaftaran peserta |
Taukey Lian Hing Tackle, Sibu (baju Rapala merah)...lupa pulak nama taukey ni... |
My Master....En Bad... |
Storm Mojo...Tahun depan baru masuk pasaran Malaysia...ringan giler rod ni.... |
Idaman caster....Rapala Predator |
Mr. Fred Goh punya rod bag.... |
View Taman Tasik, Permai Jaya, Sibu |
Antara senjata yang akan digunakan untuk demo |
Mr. Fred Goh sedang memberikan taklimat |
Hadiah dari Mr. Fred Goh....limited tuu....hahahaha... siap ada tandatangan lagi... |
Caster wanita (isteri kepada En. Lai Malie - Caster Mukah) |
Demo dari Mr. Kian Huat |
Sesi soal jawab bersama Mr. Fred Goh |
Sesi bergambar sebelum bersurai |
Bersama Sifu Casting....Mr. Fred Goh.... thank you sifu....haha |
Saturday, 8 December 2012
Sunday, 28 October 2012
Repeat - Matu - Daro
Minggu ini saya dan Bad ke Matu/Daro. Perjalan kami sepatutnya bermula pada jam 8 pagi terpaksa ditunda ke jam 9 atas sebab tertentu. Destinasi pertama kami ialah di Kampung Nangar, Daro. Di sini kami hanya mencari port-port baru yang berpotensi untuk di terjah di lain masa. Selepas makan tengah hari, kira-kira jam 12.15 kami terus bergerak ke lokasi casting kami. Sepanjang perjalanan ke lokasi, banyak sekali pukat direntang di dalam parit, memang mengecewakan...
Semua tangkapan telah dilepaskan semula ke tempat asal...
Tangkapan pertama... |
Bujuk....selamat di CNR |
Curut... |
Curut lagi... |
Saturday, 13 October 2012
Keputusan field test....
Dua ekor Prawnstar, satu Siam Spoon dan satu Eupro Micro Jig (Biru) telah terkorban dalam misi kali ini. Tapi itu tidak langsung mematahkan semangat saya untuk mencuba sekali lagi walaupun kerugiannya agak besar bagi saya....
Prawnstar memang efektif...Kedua-duanya telah berjaya dilarikan ikan setelah beberapa kali dilontarkan. Walaupun telah diikat menggunakan tali perambut 30lbs, namun berjaya juga diputuskan. Siam Spoon dan Eupro Micro Jig pulak tersangkut kat celah-celah batu...
Lokasi field test hari ini, semestinya Mukah Power Generation (air masa ni, baru nak pasang...)
Kesimpulannya....Prawnstar memang TERBAAEEEKKK !!!
Wednesday, 10 October 2012
Field Test...
Minggu ini saya nak test gewang yang baru saya beli...
1. Prawnstar (Shrimp) - RM 38.00
2. Prawnstar (Natural) - RM 38.00
3. Siam Spoon (24gram) - RM 28.00
4. Siam Spoon (17gram) - RM 24.00
5. Unknown Spoon (22gram - Made In China) - RM 15.00
6. Eupro Micro Jig (8gram - Biru) - RM 8.00
7. Eupro Micro Jig (8gram - Pink) - RM 8.00
8. Unknown Jig (28gram - klon Rapala Jigging Rap) RM 9.50
Harap ianya tak menghampakan... :)
1. Prawnstar (Shrimp) - RM 38.00
2. Prawnstar (Natural) - RM 38.00
3. Siam Spoon (24gram) - RM 28.00
4. Siam Spoon (17gram) - RM 24.00
5. Unknown Spoon (22gram - Made In China) - RM 15.00
6. Eupro Micro Jig (8gram - Biru) - RM 8.00
7. Eupro Micro Jig (8gram - Pink) - RM 8.00
8. Unknown Jig (28gram - klon Rapala Jigging Rap) RM 9.50
Harap ianya tak menghampakan... :)
Monday, 8 October 2012
Ragut Tapi Rabut
Ahad lepas saya dan Jerome ke Kampung Matu, nak tunjuk / kongsi kat dia port haruan yang ada di sana. Port ni adalah port yang sama ketika saya dan Bad pergi bulan September yang lepas. Sambaran ikan agak kurang dari trip sebelumnya, mungkin disebabkan air naik tinggi (malam sebelum tu hujan lebat) dan ikan pun lari ke tempat lain. Port taruk-makan pun sunyi je..Tapi itu tak menjadi masalah sebab tujuan utama ke sini ialah untuk kongsi port dengan Jerome dan testing Popper Frog Bakau (banyak kali rabut, mungkin mata kail terlalu besar atau ikan yang menyambar saiz curut je) dan buzzbait buatan saya sendiri....hehehe....
Kesimpulan trip kali ni, boleh dikatakan baik sebab banyak kali umpan diragut, tapi rabut.... konferm lepas ni repeat balik...
Haruan pertama selepas lebih sejam casting dan tukar-tukar port |
Solid hookup !! |
One and only...banyak kali rabut, seekor je yang dapat.. jadi la.... |
Kesimpulan trip kali ni, boleh dikatakan baik sebab banyak kali umpan diragut, tapi rabut.... konferm lepas ni repeat balik...
Sunday, 7 October 2012
Saturday, 29 September 2012
Mukah Power Generation (MPG)
Cooling Water Pond ...tempat selalu saya casting. Dalam kolam ni banyak spesis ikan laut yang boleh kita dapat seperti siakap merah (MJ), siakap, kerapu dsbnya. Membottom pulak , kalau nasib baik boleh dapat pari...
Setelah sejam lebih casting, akhirnya naik jugak seekor anak alu-alu menggunakan gewang jenis spoon... alhamdulillah... rezeki hari ini...
Sunday, 23 September 2012
Komplot - Kampung Sau, Mukah
Subscribe to:
Posts (Atom)