Saturday 29 September 2012

Mukah Power Generation (MPG)


Cooling Water Pond ...tempat selalu saya casting. Dalam kolam ni banyak spesis ikan laut yang boleh kita dapat seperti siakap merah (MJ), siakap, kerapu dsbnya. Membottom pulak , kalau nasib baik boleh dapat pari...




Setelah sejam lebih casting, akhirnya naik jugak seekor anak alu-alu menggunakan gewang jenis spoon... alhamdulillah... rezeki hari ini...



Sunday 23 September 2012

Komplot - Kampung Sau, Mukah

Komplot hari ini disertai oleh kawan saya. Jerome...boring duduk di rumah katanya... Hasil kali ini agak kurang memuaskan, hanya tiga ekor berjaya di naikkan... Jerome dua ekor dan saya seekor... itu pun curut ja...





Haruan pertama ...
Solid Hookup...
Curut ja...

Saturday 22 September 2012

Komplot - Kuala Oya

Lokasi komplot hari ini ialah Kuala Oya. Target : Siakap Merah (Mangrove Jack) dan Siakap (Baramundi).  Mula bergerak pada pukul 8 pagi dan tiba di pantai Kuala Oya 30 minit kemudian. Secara keseluruhan komplot kuala Oya agak kurang memuaskan, hanya seekor sahaja MJ yang diperolehi. Itupun kawan yang dapat, saya pulak kumpau....








Siakap Merah tunggal trip kali ini.


Saturday 15 September 2012

Komplot - Matu

Kawan : Bz ari ahad lak tuan..ada plan?
Saya : Ahad free...sekda plan...ko ada plan?
Kawan : Nanti sy pikir mau pg mana.. u ready saja...
Saya : Orait tuan...

Akhirnya satu kata putus telah dibuat. Kawan ajak pegi ke hulu kampung (Kampung Teh, Mukah). Katanya nak riki port. Luluh rasa hati bila tengok keadaan air di hulu yang keruh, mungkin sebab hujan lebat pada malam sebelumnya. Maka aktiviti meriki port baru dibatalkan. Dalam perjalanan pulang, kami disambut dengan hujan lebat...alamak, hujan lagi....Saya tanya kawan saya tu, pernah pegi ke Daerah Matu tak? Kawan saya kata baru sekali...apa lagi saya dan kawan terus memecut ke Daerah Matu yang jaraknya lebih kurang 110km dari Bandar Mukah yang memakan masaa lebih kurang satu jam setengah.

Setibanya di Daerah Matu, aktivi kami pun bermula....casting...casting...casting...dah beberapa port kami pergi tapi semua nya kosong....Sehinggalah kami terjumpa port yang sangat cantik...banyak sambaran yang kami dapat. Saya sendiri berjaya menaikkan hampir sepuluh ekor tetapi separuh telah di CNRkan, ambik yang perlu je, mentua suka makan...saya sendiri tak...hahaha...Gambar menceritakan segalanya...enjoy...




 Yang ni saya tak tahu nama, badannya sama macam haruan tapi bercorak bintik
Bujuk...telah selamat di CNRkan
Haruan terbesar trip kali ini...tak la besa mana pun...hehehe


Sekian...

Salam....

Assalamualaikum semua. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya yang tak seberapa ni. Maklumlah, ini kali pertama seumur hidup saya menulis blog. Harap segala kekurangan/kelemahan yang ada pada blog saya harap dimaafkan dan diberi tunjuk ajar.

Pertama kali saya kenal erti memancing ialah semasa saya masih berumur lebih kurang 6-7 tahun. Ikan pertama yang saya pancing semestinya ikan puyu dan keli dengan menggunakan batang buluh. Beberapa tahun kemudian barulah saya diperkenalkan dengan alatan pancing yang lebih moden.

Joran dan reel pertama saya ialah dari jenama D.A.M (combo), hadiah dari pakcik saya. Setelah kami sekeluarga berpindah dari kampung ke bandar Mukah, set joran saya telah hilang entah ke mana. Kecewa rasanya kerana joran tersebut banyak kenangannya. Walaubagaimanapun saya tidak pernah putus asa. Wang saku persekolahan pemberian emak saya bahagi separuh semata-mata nak beli set joran baru. Beberapa bulan kemudian akhirnya dapat jugak saya beli satu set joran aksi sederhana yang saya masih guna sehingga kini.

Memancing adalah satu-satunya bidang yang saya paling minat. Sanggup ikat perut semata-mata untuk mendapatkan alat pancing yang diingini tak kira berapa ringgit sekalipun harga alat pancing tersebut. Memancing juga memberikan satu kepuasan yang tak terhingga. Ramai yang tidak suka aktiviti memancing ni menganggap ianya hanya memenatkan dan membuang masa. Bagi saya ianya salah. Memancing lebih baik dari Melepak dan Mengumpat..hahahaha.....